Skip to main content

nisfu syaaban

assalamualaikum,
malam nie adalah malam nisfu syaaban,so moh lar sharing2 tentang nisfu syaaban ni utk tambahkan ilmu..:)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
nie pon bukan karangan aq actually, aku cekup jek at buku yg aku rase menarik and nak sharing kepada semua...:)
renung2kan dan selamat beramal..:) 

Comments

Popular posts from this blog

7 JUN 2017

assalamualaikum.☺☺☺ last update 25 oktober 2015, powerr. hampir 2 tahun. sekarang wabak blog ni masih ke tak eh. lama betei tak usya usya blog org, maklumlah intagram, twitter, facebook dan segala bagai teknologi dah ada. tengok sikit skill menaip ada lagi ke tak. hahha. nah bagi motivation sikit. salam ramadan semua. :) 7 jun 2017.

sweet silent stalker

salam. baru nak update diari nie kan. student biase lorrr. walaupun tak busy, tapi acah acah busy gitu. hehe. ok, malam nie nak story tentang asal usul aku. kahkah. pocoyo betei. memang tak lah nak cerita kan. bukan sebab sombong blablabla. tapi sebab aku macam korang jugak. rakyat biasa dan hidup di bumi yang nyata. in case aku jadi anak raja, aku story lah yop. haha. ok hari ni, kite story blog blog yang selalu aku usha. sebab aku nie bukan pandai nak bercerita kat alam maya nie. tapi kalau realiti memang kencang lah. weeehuuu. nak jadi keyboard warrior memang taklah kan. haha, aku dah start bebel bebel bebel. blog aku kan. tralallalla. ok done. blog yang selalu aku usha selalunya berkaitan tentang kehidupan. nampak macam aku nie skema maksima. kahkahkah. wey, novel cintan cintun pun aku layan ape. cume kalau baca online nie memang taklah kan. mata dah empat, tu pon malas nak pakai. risiko wey, aku muda lagi. hehhe. ok, then aku memang layan blogger blogger yang guna ayat sempoi...